mel E-mail  

 
image
 
Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada  10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.