Objektif |
- Menjadikan Jabatan Penguatkuasa sebagai Jabatan yang disegani dari segi kefungsiannya menguatkuasakan undang-undang.
- Memberikan perkidmatan yang tegas dan beretika, berprosedur dan bersifat mesra serta tidak mengamalkan dasar pilih kasih didalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
- Menjaga nama baik Perbadanan Labuan sebagai organisasi yang dapat dibanggakan.
- Menjadi contoh kepada jabatan-jabatan lain di dalam organisasi khususnya sebagai sebuah unit beruniform.
- Membangunkan kualiti masyarakat warga Labuan seluruhnya di dalam kepatuhan dan kerjasama terhadap dasar perundangan Perbadanan Labuan yang dikuatkuasakan.
- Menjadikan keanggotaan jabatan sebagai satu kumpulan unit beruniform Pihak Berkuasa Tempatan yang menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang lain.
|
Fungsi |
- Menguatkuasakan undang-undang seperti yang termaktub dibawah ini.
- Local Government Ordinance 1961-section 103 & 104
- Public Health Ordinance 1960- section 100
- Trades Licensing Ordinance 1949- Section 12(2)
- By Laws
- (Anti litter) by laws 1992-Section 7(1) & (10)
- (Anti litter) by laws 1992-Section 7(1) & (10)
- (markets) by laws 1992-Section 31A
- (Hawkers) by laws 1992-Section 16A
- (Hairdressers) by laws 1992-Section 12A
- (Food & Eating Premises) by laws 1992-Section 10A
- (Advertisement) by laws 1996-Section 15(2) & 17(1)
- (Letak Kereta) 1995-Section 29(1)
- (Hotel & Lodging Houses ) by laws 1992-Section 11A(1)
- Mengkompaun kesalahan dibawah undang-undang
- Menangkap haiwan / ternakan yang berkeliaran di jalanraya
- Membantu membasmi perumahan haram / setinggan
- Menerima aduan, membuat penyiasatan dan tindakan berkenaan kacauganggu
- Membantu unit / jabatan lain di dalam pelaksanaan kerja yang berkaitan khususnya pelesenan, cukai kadaran dan kawalan penjaja.
|
Piagam Pelanggan |
Komitmen Jabatan kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan penuh mesra dan bertanggungjawab : Isnin - Khamis: 09.00am - 11.30am; 2.00pm - 3.30pm Jumaat : 09.00am - 11am; 02.00pm - 03.30pm - Semua Kes Aduan Awam akan diselesaikan dalam tempoh 2 hari bekerja selaras dengan penetapan Standard ISO 9001:2008
- Kaunter pembayaran dan penerimaan aduan dibuka mengikut jadual yang ditetapkan
- Memastikan tempoh menunggu adalah tidak melebihi 5 minit bagi pelanggan yang berurusan di kaunter/menggunakan telefon dan menerima layanan yang berkualiti dan berbudi bahasa.
- Kelulusan permohonan lot tempat kereta akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan di samping mengutamakan kehendak pelanggan.
- Memastikan setiap kompaun yang dikeluarkan sejajar dengan peruntukan Undang-Undang yang dikuatkuasakan oleh Perbadanan Labuan.
|
|
Alamat :- Jabatan Penguatkuasaan Tingkat 5, Menara Perbadanan Labuan Jalan Okk Awang Besar, Peti Surat 81245, 87022, WP Labuan Talian Pejabat :- 087-408643 |