mel E-mail  

Insentif bagi Sektor Pembuatan
 

Insentif-insentif utama bagi syarikat yang melabur dalam sektor pembuatan adalah Status Peneroja, Elaun Cukai Pelaburan Dan Elaun Pelaburan Semula.

  • Taraf Perintis
    • Taraf Perintis
    • Elaun Cukai Pelaburan
  • Insentif bagi Syarikat Berteknologi Tinggi
  • Insentif bagi Projek Strategik
  • Insentif bagi Syarikat-syarikat skala kecil
  • Insentif bagi Mengukuhkan Hubungan Perindustrian
  • Insentif bagi Pembuatan Mesin dan Peralatan
  • Insentif Tambahan bagi Sektor Pembuatan
    • Elaun Pelaburan Semula (RA)
    • Peningkatan Elaun Moda
    • Pengecualian Cukai Pada Nilai Eksport Tambahan

 

Insentif bagi Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan
 

Syarikat yang layak mendapat insentif adalah yang memberi nilai tambahan kepada perkhidmatan berkaitan pengeluaran seperti berikut:

  • Perkhidmatan logistik bersepadu yang terdiri daripada keseluruhan rantai pengurusan pembekalan, termasuk perolehan perisian dan perkakasan, pergudangan, taburan (pengangkutan dan perkhidmatan pengangkutan), aktiviti-aktiviti pembungkusan dan pelepasan kastam.
  • Perkhidmatan sokongan pasaran bersepadu yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti untuk pembangunan jenama, pembangunan pengguna, merekabentuk pembungkusan, pengiklanan dan promosi..
  • Kemudahan pusat utiliti bersepadu yang menyediakan perkhidmatan termasuk bekalan stim, air yang telah dinyahmineral dan gas perindustrian.

Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  6  7