mel E-mail  

Insentif bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
 
  • Insentif Utama bagi ICT
    • Insentif bagi Pembangunan Perisian
  • Insentif Permohonan bagi Penggunaan ICT
    • Elaun Modal Dipercepatkan
    • Insentif ICT Lain-lain
    • Pengecualian Cukai pada Nilai Eksport Tambahan
Insentif bagi Pelaburan
 

PELABURAN DI LABUAN

 

Kedudukan Labuan yang strategik, terletak di antara jalinan laluan perkapalan antarabangsa dan laluan udara di antara Lautan Pasifik dan India menjadikan ianya sesuai sebagai destinasi pelaburan antarabangsa. Selain lokasi strategiknya dan mudah akses, Labuan mempunyai kelebihan kerana terdapat lebih 80 agensi kerajaan beroperasi di pulau ini lebih-lebih lagi statusnya sebagai pulau bebas cukai dan diletakkan terus dibawah pemerintahan kerajaan persekutuan.

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemasukan pelaburan ke Labuan ialah kemudahan penjagaan kesihatan yang moden, institusi pendidikan dari pra-sekolah sehingga universiti, kemudahan perumahan dan tempat tinggal yang tersusun, jaringan jalan raya yang sempurna, berstatus pulau bebas cukai, bekalan air dan elektrik yang mencukupi dan lain-lain lagi.

Ia juga memiliki keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang indah, menyimpan khazanah sejarah perang dunia dan zaman penjajahan, dikelilingi oleh pantai yang indah, pulau-pulau percutian yang menarik serta syurga kepada penggemar aktiviti sukan dan rekreasi pantai.

Labuan menawarkan berbagai-bagai peluang perniagaan dan pelaburan, khususnya dalam bidang minyak dan gas, perdagangan dan pengeluaran, pelancongan, pengendalian kargo dan pengisian bahan api, penangkapan ikan laut dalam, kewangan luar persisir, insurans dan pendidikan serta banyak lagi.

Perbadanan Labuan secara spesifik menumpukan pelaburan dan pembangunan kepada 5 bidang utama iaitu:

  • Perdagangan dan Pusat Kewangan Antarabangsa
  • Minyak dan Gas
  • Pendidikan
  • Pelancongan
  • Perkhidmatan Awam

*Sumber: Labuan Development Blueprint 2030

Agensi Penyelaras Kemasukan Pelaburan di Labuan

 

  • Perbadanan Labuan

Peti Surat 81245

87022 WP Labuan

Tel: 087-408600

Fax: 087-428997

 

  • Labuan Financial Services Authority

Level 17, Main Office Tower

Financial Park Complex

Jalan Merdeka

87000 Labuan, Malaysia

Phone (General): +6087 591200

Customer Relations: +6087591215

Faks (General): +6087453442

Faks (Communication Dept): +6087428200

Email: [email protected]

 

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jalan Merdeka

Peti Surat 81003

87020 Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087-592000

 

  • Jabatan Imigresen Labuan

Unit E002, Tkt 1, Aras Podium

Kompleks Ujana Kewangan

Jalan Merdeka, Peti Surat 174

87008 Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087-412134

Faks: 087-414990

 

  • Jabatan Laut Labuan

Pejabat Pelabuhan Labuan

Jabatan Laut Wilayah Labuan dan Laut China Selatan

87012 Wilayah Persekutuan Labuan

 

 

  • Malaysia Airport Berhad

Jalan Tun Mustapa

P.O.Box 80589

87012 Wilayah Persekutuan Labuan

Faks: 0877410129

  • Yayasan Pembangunan Labuan

Lot F2, 1st Floor

Labuan International Ferry Terminal

Jalan Merdeka

87008 WP Labuan

  • Labuan Liberty Port Management

W-2, Liberty Port Storage Area

P.O.Box 81858

87008 WP Labuan

Tel:087421699 / 087-422699

  1. Email: [email protected]

 

INSENTIF BAGI PELABURAN

Labuan terletak dengan strategik di antara perkapalan antarabangsa dan laluan udara di antara Lautan Pasifik dan India. Ia hanya 1,500 kilometer dari Singapura yang merupakan salah satu daripada bandar pelabuhan paling sibuk di dunia. Selain lokasi strategiknya dan aksesibiliti yang senang, Labuan mempunyai satu pihak berkuasa tempatan yang mesra-perniagaan. Kerajaan yang berurusan dengan hal-hal berkaitan dengan pelesenan dan kelulusan adalah cepat dan cekap. Sokongan kukuh kerajaan persekutuan pada pulau tersebut menyediakan satu kelebihan persaingan bagi industri dan perniagaan tempatan.

Faktor-faktor lain merangkumi penjagaan kesihatan moden, pendidikan dari pra-sekolah hingga ke universiti, perumahan yang terbaik, restoran yang menarik, hiburan malam yang aktif, jalan bebas trafik, belian bebas cukai, telekomunikasi satelit terkini, bekalan air dan elektrik berlebihan, satu Pusat Kewangan Luar Pesisian Antarabangsa (IOFC) dan tenaga buruh berbahasa Inggeris. Ia mempunyai pantai yang indah, pulau-pulau terpencil dan pengembaraan yang tidak terhad bagi pengaitan, berkayak dan penerjunan yang sangat sesuai bagi eksekutif yang sibuk mencari gaya hidup tanpa tekanan. Labuan menawarkan berbagai peluang perniagaan dan pelaburan, khususnya dalam bidang minyak dan gas, perdagangan pengeluaran, pelancongan, pengendalian kargo dan pengisian bahan api, penangkapan ikan laut dalam, kewangan luar pesisiran, insurans dan pendidikan.

Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  6  7