Labuan Halal Hub Sdn Bhd
Ringkasan Eksekutif
Labuan Halal Hub Sdn Bhd (967978A) atau LHHSB telah diperbadankan pada 11 Nov 2011 dan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Labuan. LHHSB adalah projek kerjasama antara Perbadanan Labuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Matlamat utama LHHSB
- Untuk mempromosikan dan memudahkan industri Halal, piawaian Halal dan spektrum penuh Rantaian Bekalan Halal di Wilayah Persekutuan Labuan.
- Untuk menyediakan Latihan Halal, Pra-audit Halal dan Perundingan Halal termasuk permohonan Pensijilan Halal di peringkat tempatan & antarabangsa daripada pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.
- Menyediakan perkhidmatan Pembersihan Islam (Sertu) yang diluluskan oleh JAKIM.
- Bertindak sebagai Pengantara Perniagaan Halal kepada pemain industri Halal dengan rangkaian industri yang luas di seluruh dunia.
- Untuk meningkatkan penyertaan Industri Halal dalam pasaran halal antarabangsa serta pembangunan ekonomi industri Halal.
- Sebagai Pengendali Taman Halal dan Penganjur Taman Halal yang diperakui HALMAS kepada pemain industri dan Pembekal Perkhidmatan Logistik.
Kemaskini terakhir 06/01/2023 - 06:20pm
Info Korporat - Siaran Media
Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang
Corporate Info - Media Broadcast
Perutusan KPE
Penafian
Perolehan - Tender Sebutharga
Suara Anda
MySejahtera