mel E-mail  

Industri Utama


ANTARA STEEL MILLS SDN. BHD
Pada 1984, Antara Steel Mills Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sabah Gas Industries) membawa loji Direct Reduction Iron paling moden di dunia ke Pulau Labuan, Malaysia. Teknologi yang digunakan adalah proses MIDREX Direct Reduction, yang menggunakan unit pembriketan panas untuk menghasilkan besi briket panas (HBI) yang bersifat tinggi logam dan rendah sisa.

Alamat:
ANTARA STEEL MILLS SDN. BHD
P.O. Box 81555,
87025 W.P. Labuan

 

PETRONAS METHANOL
Petronas Methanol Labuan (PML) memiliki loji methanol yang mampu menghasilkan 60 000 methanol setahun.  Loji yang dibina pada 1984 ini bernilai RM511 juta. Penghasilan methanol di seluruh dunia menggunakan gas asli semata-mata sebagai stok suapannya. Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110 000 ton. Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Alamat:
PETRONAS METHANOL (LABUAN) SDN. BHD.
Kawasan Perindustrian Ranca-Ranca
P.O. Box 80079, 87010 Labuan F.T.
Tel: 087-411211 (15 lines)
Faks: 087-413921
Telex: MA 81022

 

ASIAN SUPPLY BASE SDN. BHD.
Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) merupakan pusat sehenti untuk sokongan logistik berpusat yang direka khas bagi aktiviti-aktiviti terokaan, pembangunan dan penghasilan minyak dan gas.  Ia juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk syarikat-syarikat di luar industri minyak dan gas. Pangkalan ini beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Terletak di kawasan perindustrian Ranca-Ranca, iaitu hanya 6 kilometer dari Bandar Labuan, pangkalan ini meliputi kawasan seluas 108 ekar termasuklah limbungan paip seluas 16.5 ekar.

Alamat:
ASIAN SUPPLY BASE SDN. BHD.
Ranca-Ranca Industrial Estate,
P.O.Box 80751, 87017 Labuan F.T.
Tel: 087-411611 / 614
Faks: 087-415477
Laman web: http://www.asiansupplybase.com/web/

Halaman-halaman: 1  2  3