Fungsi
Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 - Akta Perbadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut : (a) Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan; (b) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (c) Memajukan, merangsang dan megusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (d) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (e) Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (f) Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; (g) Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan (h) Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan. |