mel E-mail  

 

Tarian Rakyat   Tarian Rakyat 2   MAKSAK Labuan
         
Kumpulan Muzik Moden   Kump Muzik Moden 2    

Penantian selama 7 tahun akhirnya menjadi kenyataan di Festival MAKSAK Malaysia 2015, bertempat di Negeri Sembilan pada 10 hingga 13 Disember 2015. Badan Budaya Perbadanan Labuan sekali lagi mengharumkan nama Labuan di festival ini dengan tampil sebagai JUARA dalam Pertandingan Tarian Rakyat dan Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Muzik Moden. Labuan berentap dengan 9 kumpulan MAKSAK yang lain untuk pertandingan tarian rakyat (jumlah 10 kumpulan). Manakala pertandingan muzik moden, Labuan bersaing dengan 12 kumpulan MAKSAK yang lain (jumlah 13 kumpulan).

Kejohanan MAKSAK seumpama ini merupakan landasan terbaik bagi penjawat awam untuk membina persefahaman dan perkongsian ilmu berkaitan dengan kemahiran dan pekerjaan seharian.

Antara pembaharuan dalam Festival Kesenian MAKSAK Malaysia kali ini adalah Program Wacana Ilmu di antara peserta, juri dan urusetia MAKSAK Malaysia. Program ini membincangkan mengenai hala tuju artis budaya setelah mereka tamat kontrak di Jabatan masing-masing. Pihak MAKSAK Malaysia beranggapan bahawa semua artis budaya sama ada penari, penyanyi mahupun pemuzik seharusnya diberi perhatian kerana mereka mempunyai bakat luar biasa yang tidak dimiliki oleh penjawat awam yang lain. Pihak MAKSAK Malaysia mahu agar artis budaya diberi peluang untuk meneroka bidang lain dalam jabatan / organisasi masing-masing jika perkhidmatan / kontrak mereka sebagai artis budaya sudah tamat. Ini adalah kerana jasa mereka kepada negeri mahupun negara sangatlah membanggakan dan mereka tidak harus dipersia-siakan. Para juri juga memberi ilmu-ilmu yang bermanfaat buat semua peserta mengikut pertandingan masing-masing.

Pada tahun ini, Labuan telah menghantar 4 penyertaan dari 6 pertandingan iaitu :

1) Pertandingan Tarian Rakyat
2) Pertandingan Nyanyian Lagu Moden Wanita
3) Pertandingan Nyanyian Lagu Moden Lelaki
4) Pertandingan Muzik Moden (kumpulan)

Pemenang bagi Pertandingan Tarian Rakyat :

JUARA : WP Labuan
NAIB JUARA : Perak
Ke-3 : Angkatan Tentera DiRaja Malaysia
Ke-4 : WP Kuala Lumpur
Ke-5 : Pahang

Pemenang Pertandingan Muzik Moden (Kumpulan) :


JUARA : Selangor
NAIB JUARA : Angkatan Tentera DiRaja Malaysia
Ke-3 : Perak
Ke-4 : WP Labuan
Ke-5 : Terengganu

Untuk Pertandingan Tarian Rakyat, Labuan telah membawakan tarian "Lamunan Sang Nelayan", yang mengisahkan mengenai seorang nelayan yang mengelamun tentang sumber rezekinya yang berpunca dari laut. Manakala pertandingan Muzik Moden (Kumpulan), Labuan membawakan lagu-lagu medley tahun 60-an hingga 80-an. Walau bagaimanapun, nasib tidak berpihak kepada Labuan untuk penyertaan dalam Pertandingan Nyanyian Moden Lelaki dan Wanita. Untuk imbas kembali, berikut adalah senarai anugerah / kemenangan yang diraih oleh Labuan sejak awal penglibatan dalam Festival Kesenian MAKSAK.

Halaman-halaman: 1  2