Home / Soalan Lazim

Soalan Lazim

Cukai Kadaran

Cukai kadaran juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu. Ia merupakan cukai yang dikenakan oleh Perbadanan Labuan ke atas hartanah yang terletak di dalam kawasan pentadbirannya selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Cukai kadaran dikenakan bagi membantu Perbadanan Labuan untuk membiayai:

  1. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi, pasar dan lain-lain
  2. Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
  3. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit dan longkang
  4. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan
  5. Pembangunan kawasan Perbadanan Labuan

Cukai kadaran dikenakan oleh Perbadanan Labuan satu kali setahun. bil kadaran akan dihantar kepada pemilik harta pada awal tahun untuk dibayar oleh pemilik harta.

Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, kiriman wang, wang pos atau cek atas nama Perbadanan Labuan. Anda boleh datang terus ke Perbadanan Labuan atau membuat kriman pembayaran melalui pos.

Pembayaran secara terus boleh dibuat di:
Kaunter Pembayaran
Perbadanan Labuan
Tingkat 1, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Dewan
87008 W.P. Labuan

Dibuka pada:

Isnin – Khamis:
8.00 pagi – 1.00 tghari
2.00 ptg – 3.00 ptg

Jumaat:
8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 ptg – 3.00 ptg
(Kaunter ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum)

  1. Denda sebanyak 3% akan dikenakan kepada pemilik yang membayar lewat iaitu selepas enam bulan pertaman dan 6% ke atas tunggakankan setiap tahun.
  2. Tindakan mahkamah akan dikenakan sekiranaya pemilik masih gagal mematuhi notis yang dikeluarkan

Bayar segara sebelum atau pada 30 Jun tiap-tiap tahun

  1. Anda tidak akan dikenakan denda atau faedah ke atas cukai kadaran dan juga caj-caj sampingan yang lain seperti caj ke atas notis dan sebagainya
  2. Anda tidak akan dikenakan tindakan Mahkamah

Sila datang ke PerbadananLabuan atau menulis surat untuk mendapatkan salinan bil kadaran. Jangan lupa untuk membawa/menyertakan maklumat-mkalumat penting seperti berikut:

  1. No geran/hakmilik; atau
  2. No. rumah dan kedudukan (lokasi) harta; atau
  3. Bil kadaran lama untuk rujukan

Ya. Perbadanan Labuan boleh meminta penyewa membayar sewa bangunan kepada Perbadanan Labuan sebagai bayaran cukai kadaran sehungga semuanya habis dibayar.

  1. Bangunan Baru Dibina?
  2. Bangunan Sudah Diroboh?
  3. Bangunan Diubahsuai?

Anda bertanggungjawab melaporkan dengan segara kepada Perbadanan Labuan.

Anda menyemak dahulu dengan pihak Perbadanan Labuan dan mendapatkan butir-butir tunggakan cukai kadaran (jika ada).

Sila datang ke Perbadanan Labuan untuk berbincang bagi menjelaskan cukai berkenaan.

Segala tunggakan dan cukai semasa mestilah dibayar terlebih dahulu sebelum pindahmilik/cagaran atau lain-lain transaksi hartanah dibuat.

Untuk makluman dan penjelasan lanjut mengenai cukai kadaran, anda bolehlah berhubung terus dengan:

Jabatan Pelaburan, Penilaian dan Pengurusan Harta
Tingkat 2, Blok B
Perbadanan Labuan
Wisma Perbadanan Labuan
Peti Surat 81245
87022 Wilayah Persekutuan Labuan

Atau menghubungi:

Telefon:
087 – 408650, 408698, 087 – 408655

E-Mail:
[email protected]

Aduan Awam

  • Aduan mengenai kelewatan/tiada tindakan;
  • Tindakan tidak adil;
  • Kekurangan kemudahan awam;
  • Kelemahan peraturan/ undang-undang atau
  • kepincangan pelaksanaan dasar;
  • Salahguna kuasa atau penyelewengan;
  • Salahlaku anggota awam;
  • Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
  • Kegagalan pengutakuasaan; dan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  • Pengurusan sampah dan kebersihan
  • Masalah longkang dan peparitan
  • Lampu jalan
  • Jalan berlubang
  • Rumput
  • Penjaja
  • Perumahan
  • Hadir sendiri ke Tingkat 1, Wisma Perbadanan Labuan, Jln Dewan
  • Melalui telefon
  • Menulis surat-menyurat
  • Melalui emel
  • Melalui laman web atau portal; dan
  • Melalui media cetak atau elektronik
  • Surat Akuan Terima aduan akan dikeluarkan serta merta atau dihantar dalam tempoh 1 hari bekerja dengan disertakan nombor rujukan, nombor telefon, dan nama serta alamat pejabat pegawai yang boleh dirujuk;
  • Segala aduan yang sahih akan disiasat dan akan diberi maklum balas atau jawapan mengenai status aduan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya aduan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan, pihak pengadu akan dihubungi dan dimaklumkan bila maklum balas akan diberikan.
  • Jika pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan bole dikemukan semula dengan menyatakan sebab-sebab tidak puas hati. Aduan akan dikaji semula serta penjelasan baru akan diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Setiap aduan sahih yang dikemukakan mesti diselesai dalam tempoh masa 2 bulan
  • Bagaimanapun jika aduan adalah mudah maka ia akan segera diselesaikan sebaliknya jika aduan adalah rumit tempoh siasatan lebih lama diperlukan.

Segala urusan boleh dibuat menggunakan alamat, nombor telefon,e-mel atau Klik Borang Aduan dalam laman web yang disediakan seperti berikut:-

Jabatan Hal Ehwal Korporat
Perbadanan Labuan
Wisma Perbadanan Labuan
Peti Surat 81245
87022 W.P. LABUAN
Talian Utama : 087-408 600
E-mel : [email protected]

Klik di sini untuk akses borang aduan

Kemaskini terakhir 07/03/2020 - 12:44pm