mel E-mail  

BIL

BUTIRAN BUKU

SINOPSIS

 

 

 

 

36

 

 

Title : Pelajar Bertanya

Prof.Dr.Muhaya menjawab

Author : Muhaya Mohamad
1

Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut. Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia.Pelajar Bertanya Profesor Doktor MuhayaMenjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Profesor Doktor Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.Buku ini merangkumi aspek:Pelajaran, Fesyen, Perhubungan, Kesihatan,Kewangan,Dilema dalam Diri, Persahabatan, Politik, Disiplin

 

 

 

37

Title :Master Your Mind

Design Your Destiny

Author : Adam Khoo
2

Cipta keajaiban dalam hidup dengan membangunkan kuasa luar biasa dalam diri anda. MINDA.1.Kita semua memiliki sumber mental yang diperlukan bagi mencapai kejayaan. Apa yang kurang kita miliki adalah kemampuan mengawal sumber ini.
2.Dengan sumber mental yang kita miliki, kita mampu menarik sumber-sumber fizikal.
3.Kita semua pada asasnya mempunyai sistem neuron yang sama iaitu kira-kira 1,000 bilion neuron. Apa yang membezakan kepandaian dan pola perilaku seorang daripada orang yang lain adalah hubungan-hubungan neuron yang dipengaruhi oleh persekitaran setiap orang.
4.Apabila kita dapat meniru pola mental seorang yang berjaya, maka kita dapat meniru kejayaan orang itu

 

 

38

 

Title : Panggil Aku Kiah

Author: Liza Nur
3

Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya. Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya. Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?

 

 

39

Title : Sepatu Milik

Kasanova

Author: Zara Amani
4

Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri 'masquerade party', dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu

 

 

 

40

Title : Seadanya Kamu

Author : Iman Xara
5

Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.

 

 

41

Title : Si Mangkuk Tingkat

Author: Faziela
6

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.Sreeeeet! Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
"Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?"
"Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?" Suaranya memetir.
"Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah."
Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

 

 

42

Title : 26 Resipi Kek Cawan Buah

Author : Dapur Kirana

7

Kek cawan adalah salah satu jenis kek yang boleh dikatakan mempunyai ramai penggemar. Selain lazat, kek cawan juga amat memikat hingga banyak dijadikan sebagai kandungan goody bag pada pelbagai majlis. Bahkan kek cawan juga boleh disesuaikan dengan hiasan yang ada pelbagai hiasan mengikut tema majlis. Perniagaan kek cawan sendiri boleh dikatakan perniagaan yang bersifat sentimental. Pengguna tidak membeli kek ini hanya kerana rasanya namun juga adanya sesuatu yang bersifat emosi seperti berkaitan dengan hari ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Inilah salah satu alasan mengapa perniagaan ini tetap bertahan hingga kini.

 

 

43

Title : Step By Step Telefon

Android
8

Adakah anda sudah memiliki telefon bimbit Android? Jika ya, adakah anda tahu menggunakan sepenuhnya perisian yang terkandung di dalamnya? Adakah anda sudah mahir?
Buku ini akan mengupas penggunaan aplikasi popular yang sesuai untuk dipasang di dalam telefon Android. Antara yang menjadi isu perbincangan di dalam buku ini adalah:
-Cara online menggunakan Android
-Teknik menghantar e-mel
-Memahami aplikasi Facebook, MySpace versi Androiddan pelbagai lagi.

 

44

Title : iPad untuk

             Presentation

9

Kini, dalam zaman yang serba canggih serta moden, ramai yang memilig untuk menggunakan iPad dalam memudahkan urusan kerja mereka. Lupakan PC, singkirkan laptop dan manfaatkan iPad. Lebih canggih, moden, praktikal serta mudah untuk di bawa ke mana-mana. Anda boleh memanfaatkan iPad ketika seminar, bengkel, pembetangan atau ketika mengajar.
Akan akan belajar bagaiamana iPad juga mampu menyediakan slide pembentangan yang dibuat menggunakan PowerPoint, memanfaatkan Keynote for iPad, kesan khas yang mengujakan. Anda juga dapat melihat gabungan potensi PowerPoint dan juga keynote sekaligus.

Pages: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11