mel E-mail  

BIL

BUTIRAN BUKU

SINOPSIS

 

 

10

 

 

Title : Miss You Mr Arrogant

Author : Aliesha Kirana
Mr Arrogant

 

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant!

 

 

11

Title : Pergi Bersama Janji

Author : Azilah Wahab
Pergi

Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang.

 

 

12

 

Title: Raudhah

Author: Ramlee Awang Murshid
Raudhah

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.

Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.

 

 

13

Title : Suamiku Si Tuan Rumah

Author: Nurul Izah
SSTR

Adat berumah sewa, bila tuan rumah menghantar anak lelakinya tinggal di rumah banglo biru itu Nur Alia terpaksa mengalah. Semenjak Nadhir Fahmi tinggal di situ, perasaan Nur Alia asyik berdebar saja. Apatah lagi pandangan mata Nadhir Fahmi seakan sentiasa memerhatikannya.

Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri. Nadhir Fahmi rela, tidak bagi Nur Alia. Tapi Nadhir Fahmi yakin wanita itu untuknya.

 

14

Title : Ustaz Pink

Author : Pistacia Vera
PINK

Satu pertemuan bersejarah telah berlaku. Disebabkannya, Zahra menggelar Arif, pensyarahnya yang memiliki wajah ala-ala Eun Shi Kyung, sebagai Ustaz Pink. Walhal pensyarahnya itu bukan penggemar warna girly pun. Lain pula bagi Arif apabila hatinya sentiasa tertarik dengan gelagat gadis itu. Comel, perkataan yang sentiasa bermain di benaknya apabila berbalah dengan gadis itu.

 

 

15

Title : Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga?

Author: Muhamad Abdul Kadir Sahak
Ustaz

Buku ini adalah himpunan jawapan Author kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, Author sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih.

 

 

16

Title : 100 Kapsul Istighfar

100

Istighfar’ adalah kalimat pendek, tapi maknanya begitu indah dan mendalam dalam hidup seorang hamba. Dalam kalimah istighfar itu terkandung elemen rohani, seperti yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu sesiapa yang melakukan perbuatan keji mahupun menganiaya diri sendiri, hendaklah segera ingat akan Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya itu.

Istighfar sebenarnya sebagai ibadah kepada umat manusia yang beriman. Sama ada siang atau malam, kalimah suci ini akan melahirkan kesyukuran, kepatuhan, kecintaan selain mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah swt.

Bagaimanakah ucapan istighfar itu? Ucaplah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahaladzhim allazi lailahaillahuwalhayyulqayyum waatubuilaih...

 

 

17

Title : Anda Nak, Anda Dapat!

Author : Hairul Nizam Karim
NAK

Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Buktinya jika fizikal yang menjadi ukuran, pasti manusia hebat seperti Stephen Hawking dan Nick Vujicic tidak akan wujud di dunia. Tanpa anggota badan yang sempurna mereka masih boleh mencapai kejayaan yang belum tentu mampu dilakukan oleh manusia biasa.

Jadi, apa lebihnya diri mereka berbanding anda? Dengan kombinasi kekuatan fizikal dan minda, anda tentu boleh menjadi lebih hebat daripada mereka. Bagaimana? Anda Nak, Anda Dapat! akan mengajar anda meningkatkan potensi diri melalui minda.

Semuanya terletak di tangan anda. Yakin dan percaya bahawa anda boleh mencapai apa yang diinginkan. Apa yang penting, ubah cara usaha dan bersedialah untuk menjadi unggul seperti mereka yang ternama!

18

Title : Demokrasi di Malaysia

Demokrasi

Buku Demokrasi di Malaysia ini menghimpunkan tulisan yang sangat bernas dalam memahami konteks demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berpendapat “demokrasi” sangat sinonim dengan “kebebasan”. Tetapi tulisan-tulisan yang terdapat dalam buku ini mencerakinkan konsep dan makna demokrasi yang menjadi dasar dan tunjang sistem kenegaraan negara kita, agar kita lebih memahami “demokrasi” bukan sekadar “kebebasan” semata-mata.

Pages: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11