mel E-mail  

Announcement Announcement

Back

Notis Tawaran Pajakan Pengurusan Dan Pembangunan Pulau Rusukan Besar WP Labuan

logo pl

KENYATAAN TAWARAN

Notis Tawaran Pajakan Pengurusan Dan Pembangunan Pulau Rusukan Besar WP Labuan
 

Perbadanan Labuan mempelawa syarikat-syarikat berlesen atau pemaju hartanah yang menjalankan perniagaan berasaskan aktiviti pelancongan dan yang berkaitan untuk memajak dan membangunkan keseluruhan Pulau Rusukan Besar di Labuan seperti berikut;-

 

Bil

 

Lot Tanah

 

Keterangan

1.

 

PN11933 Lot 31831, Pulau Rusukan Besar, WP Labuan

 

 

Untuk rekreasi pelancongan pusat peranginan dan aktiviti yang berkaitan sahaja. Pulau Rusukan mempunyai kemudahan sediada seperti jeti kayu, kawasan perkelahan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

 

 

 

Syarikat - syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Borang ini akan dibuka mulai 18 JUN 2020 HINGGA 10 JULAI 2020

Syarikat yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan serta cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Perbadanan Labuan SEBELUM JAM 4.00 PETANG di JABATAN PENILAIAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA, TINGKAT 2, BLOK B, WISMA PERBADANAN LABUAN.

Perbadanan tidak terikat kepada mana-mana syarikat dan segala kos yang terlibat oleh mana-mana syarikat adalah atas tanggungan sendiri.

Untuk Sebarang Pertanyaan sila berhubung dengan Unit Pelaburan, Cik Shafika Azlin di talian 087-408672 / [email protected] atau Pn. Sabrina di talian 087-408624.