mel E-mail  

Law Enforcement


1.0 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

1.1 Jabatan Penguatkuasa diberi tugas untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas setiap kesalahan undang-undang dalam bidangkuasa Perbadanan Labuan. Tindakan penguatkuasaan seperti notis amaran, kompaun, kunci kenderaan, tunda kenderaan, menyita, mengalih peralatan, penutup premis dan tindakan Mahkamah akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang Perbadanan Labuan. Tindakan seumpama ini bertujuan untuk mendidik warga WP Labuan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa.

2.0 KOMPAUN

2.1 Peringkat pertama, pengeluaran notis tawaran kompaun. Maksud kompaun ialah penyelesaian kes di luar Mahkamah. Notis kompaun hendaklah dibayar di kaunter-kaunter Perbadanan Labuan seperti berikut:

2.1.1 Kaunter Setempat, Tingkat Bawah, Blok B, Wisma PL

(Jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang)

 

2.1.2 Kaunter Jabatan Penguatkuasa, Tingkat 5, Menara PL

(Jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang)

 

2.1.3 Kaunter Bangunan UTC, Pasar Sentral WP Labuan

(Jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam)

 

2.2 Jadual bayaran tawaran kompaun dari tarikh notis dikeluarkan (semasa operasi tiada pengurangan)

BIL.

JUMLAH HARI

JUMLAH BAYARAN

(RM)

1

1 hari hingga 14 hari

RM15.00

2

15 hari hingga 30 hari

RM30.00

3

31 hari hingga 60 hari

RM50.00

4

61 hari hingga 90 hari

RM80.00

5

91 hari ke atas

RM100.00

 

3.0 NOTIS PEMBERITAHUAN DAN MAHKAMAH

BIL.

NOTIS

PERKARA

1

Peringkat ke dua (2)

Surat pemberitahuan pembayaran kompaun

(Kertas warna kuning)

2

Peringkat ke tiga (3)

Notis Amaran Akhir

(Kertas warna merah)

3

Peringkat akhir

Kertas Siasatan dibuka dan kes

dibawa ke Mahkamah

 

4.0 KUNCI, TUNDA DAN ALIH (MOTORSIKAL / PERALATAN)

4.1 Kesalahan menghalang laluan kenderaan;

4.2 Meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan;

4.3 Meninggalkan kenderaan di lot parkir melebihi dua (2) hari tanpa kupon;

4.4 Meletakkan kenderaan di lot motosikal;

4.5 Meletakkan motosikal di lot letak kereta; dan

4.6 Meletakkan kenderaan motosikal dan peralatan di siar kaki awam.

4.7 Kenderaan yang ditunda akan disimpan di Jalan Masjid, Depoh Perbadanan Labuan.

4.8 Berikut adalah caj-caj yang dikenakan oleh Perbadanan Labuan.

BIL.

PERKARA

KADAR BAYARAN

RM

1

Buka kunci

 

RM50.00

2

Tunda

 

RM120.00

3

Simpan Depoh

 

RM10.00 Sehari