mel E-mail  

BAHAGIAN VII


BAHAGIAN VII
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
 
Tafsiran berhubung dengan Bahagian VII
 
31.  

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Akta yang dimansuhkan" ertinya Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 [ Akta 480 ] yang dimansuhkan di bawah seksyen 32;

"hari yang ditetapkan" ertinya hari Akta ini mula berkuatkuasa atau, jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian ini mula berkuatkuasa;

 

"Lembaga yang dibubarkan" ertinya Lembaga Pembangunan Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;

 

"Majlis yang dibubarkan" ertinya Majlis Perbandaran Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;

 

"Surat Cara yang dibatalkan" ertinya Surat Cara Majlis Perbandaran Labuan 1983 [Sabah No. S34 tahun 1983] yang dibatalkan di bawah seksyen 32.

 
Pemansuhan dan pembubaran
 
32. (1) Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 adalah dimansuhkan dan Perintah Lembaga Pembangunan Labuan (Penjalanan Kuasa oleh Majlis Perbandaran Labuan) 1997 [ P.U. (A) 241/97 ] dan Surat Cara Majlis Perbandaran Labuan 1983 adalah dibatalkan.
  (2) Lembaga Pembangunan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan Majlis Perbandaran Labuan yang ditubuhkan di bawah Surat Cara yang dibatalkan adalah dibubarkan.
 
Perpindahan kuasa, dsb.
 
33.   Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah dari hari itu turun kepada Perbadanan.

Halaman-halaman: 1  2  3  4