mel E-mail  

BAHAGIAN V


BAHAGIAN V

KUASA-KUASA LAIN PERBADANAN

Kuasa untuk meminjam
 
20. (1) Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.
  (2) Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
 
    (a) peruntukan modal kerja;
    (b) pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Perbadanan di bawah Akta ini;
    (c) pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
    (d) penebusan apa-apa syer atau saham yang Perbadanan dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
    (e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
 
Pelaburan
 
21.   Aset Perbadanan, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri.
 
Kuasa untuk mengambil khidmat
 
22.   Perbadanan boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
 
Kuasa untuk memberikan pinjaman

Halaman-halaman: 1  2