Home / Arkib Pengumuman / KENYATAAN TAWARAN – Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan

KENYATAAN TAWARAN – Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan

KENYATAAN TAWARAN – Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan

Perbadanan Labuan mempelawa syarikat – syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berasaskan Industri Minyak dan Gas untuk menyewa / memajak tanah milik Perbadanan Labuan seperti tersebut di atas yang telah kosong seperti berikut ;-

Bil
Lot Tanah
Keterangan
1.
Tapak Industri
Lot 207524114 di
Kampung Muslim, WP Labuan
- Tiga (3) lot kekosongan.
- Keluasan 1.6 ekar bagi setiap lot.
- Kadar pajakan RM11,242.00 sebulan bagi setiap lot.
- Aktiviti berkaitan minyak dan gas, gudang kecuali simpanan silinder gas, ‘generator’ dan yang berkaitan.
2.
Tapak Industri
PN10827, Lot 30117 di
Kampung Muslim, WP Labuan
- Satu (1) lot kekosongan.
- Keluasan 5 ekar.
- Kadar pajakan RM40,000.00 sebulan.
- Aktiviti berkaitan minyak dan gas, gudang kecuali simpanan silinder gas, ‘generator’ dan yang berkaitan.
- Pajakan secara keseluruhan

Syarikat – syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung ditalian telefon: 087-408622.

Perbadanan tidak terikat kepada mana-mana syarikat dan segala kos yang terlibat oleh mana-mana syarikat adalah atas tanggungan sendiri.

Tawaran ini dibuka mulai 17 Jun 2020 hingga 7 Julai 2020. Borang permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 10 Julai 2020 jam 4:00 petang.