mel E-mail  

Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019

Kembali

KENYATAAN TAWARAN: Notis Tawaran Pajakan Tapak di Kiamsam (Tapak Bekas Halal Hub)

logo pl

KENYATAAN TAWARAN

NOTIS TAWARAN PAJAKAN TAPAK DI KIAMSAM

(TAPAK BEKAS HALAL HUB)

 

Perbadanan Labuan mempelawa dan menjemput syarikat-syarikat swasta yang berlesen atau pemaju hartanah yang berminat untuk memajak keseluruhan bangunan dan tanah bekas Halal Hub Labuan seperti berikut;-

 

Bil

Lot Tanah

Aktiviti/ Keterangan

 

1

 

Lot 7356, Lot 7357  dan Lot 10589 (Lampiran)

 

Untuk sebarang aktiviti perniagaan / perusahaan dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan

 

 

 

 

Syarikat-syarikat yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan dan terma rujukan dari Unit Pelaburan, Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Borang ini akan dibuka mulai 21 JUN 2019 HINGGA 11 JULAI 2019. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan serta kertas cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Perbadanan Labuan SEBELUM JAM 4.00 PETANG 11 JULAI 2019 di JABATAN PENILAIAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA, TINGKAT 2, BLOK B, WISMA PERBADANAN LABUAN. Perbadanan Labuan tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan ini.

 

Satu lawatan tapak adalah ditetapkan pada 02 Julai 2019 jam 9.00 pagi di tapak Labuan Halal Hub. Sila berhubung dengan En. Faizrull di talian 087-408629.