mel E-mail  

Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019

Kembali

KENYATAAN TAWARAN: Notis Tawaran Pajakan Pengurusan dan Pembangunan Pulau Papan WP Labuan Sebagai Pulau Pelancongan Terkemuka di Borneo

logo pl

 

KENYATAAN TAWARAN
 
NOTIS TAWARAN PAJAKAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PULAU PAPAN WP LABUAN SEBAGAI PULAU PELANCONGAN TERKEMUKA DI BORNEO
 
Perbadanan Labuan mempelawa syarikat-syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berasaskan aktiviti pelancongan dan yang berkaitan untuk memajak dan membangunkan keseluruhan Pulau Papan di Labuan seperti berikut;-
 

Bil

Lot Tanah

Aktiviti/ Keterangan

 

1

 

PN10370 Lot 8014 Pulau Papan dengan keluasan 8.127 hektar.

 

Untuk rekreasi pelancongan/hotel/pusat peranginan dan aktiviti yang berkaitan sahaja. Pulau Papan mempunyai kemudahan sediada seperti ‘4 unit chalet 3 bilik’, sebuah pejabat pengurusan lengkap dengan bilik mesyuarat, rumah pekerja, rumah generator, stor, dewan terbuka, jeti, kawasan perkelahan, tapak perkhemahan, tandas dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

 

 

Syarikat-syarikat yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan dan terma rujukan dari Unit Pelaburan, Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Borang ini akan dibuka mulai 10 JANUARI 2019 HINGGA 08 MAC 2019. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan serta cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Perbadanan Labuan SEBELUM JAM 4.00 PETANG 08 MAC 2019 di JABATAN PENILAIAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA, TINGKAT 2, BLOK B, WISMA PERBADANAN LABUAN. Perbadanan Labuan tidak terikat kepada mana-mana permohonan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen permohonan ini.