Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Lot Kedai, Kiosk dan Lot Gerai seperti berikut:
Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Sepusat PL, Tingkat Bawah Blok B Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat serta di laman sesawang PL www.pl.gov.my
Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 10 Julai 2020 (Jumaat) Jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta – 087-408698