- Pelawaan dibuka kepada orang awam yang berminat untuk menyewa Premis Niaga dan Ruang Pejabat di Medan Selera Labuan, Jalan Tanjung Purun seperti berikut:
- Permohonan sewaan adalah dibuka bermula pada 26 Mac 2021 hingga 9 April 2021 dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan di Kaunter Khidmat Pelanggan Blok B Wisma PL dan Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan serta di Laman Web PL pada pautan www.pl.gov.my
- Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 9 April 2021 pukul 4:00 petang dan dihantar terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan Blok B, Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang dimaklumkan kemudian
- Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Jabatan Pelesenan PL di talian 087452821 atau 087452823