TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PERBADANAN LABUAN
Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Premis Niaga milik PL seperti berikut:
BIL | LOKASI | JUMLAH KOSONG | KADAR SEWA | JENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN | TARIKH LAWATAN TAPAK |
---|---|---|---|---|---|
1. | Bengkel Pemprosesan Makanan, Kampung Kilan | 1 Lot (51.84 meter persegi) | RM400.00 Sebulan | Pemprosesan Makanan/Sejuk Beku dan yang berkaitan sahaja | Akan dimaklumkan kelak |
2. | Restoran Eko Pelancongan Kinabenua (Lot Tanah 32247) | 1 Lot (778.79 meter persegi) | RM5,000.00 Sebulan | Restoran | Akan dimaklumkan kelak |
Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Setempat, Aras Bawah Blok B Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL Pada waktu pejabat serta di laman sesawang PL www.pl.gov.my
Iklan ini berkuatkuasa mulai 3 Mei 2023 dan tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 2 Jun 2023 (Jumaat) Jam 4:00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2 Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Unit Sewaan Harta, JPPH PL – 087-408698/650