TAWARAN KEKOSONGAN KUOTA LESEN PERNIAGAAN PENGURUSAN BARANGAN LUSUH DI WP LABUAN
Pelawaan adalah terbuka kepada mana-mana syarikat yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti berikut
2. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
2.1 Belum memiliki sebarang Lesen Perniagaan Barangan Lusuh di WP Labuan
2.2 Mempunyai tapak (yard) perniagaan yang sesuai di kawasan perindustrian/komersial (sekiranya tidak memiliki yard sendiri perlu medapatkan surat persetujuan awal daripada pemilik tanah); dan
2.3 Mendapat sokongan dan ulasan daripada Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan, PL
3. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan lesen perniagaan yang boleh didapati melalui:
i. Kaunter Setempat Perbadanan Labuan di Aras Bawah, Blok B, Wisma PL
ii. Laman web rasmi www.pl.gov.my
iii. Imbas kod QR di bawah
4. Borang hendaklah diserahkan kepada Jabatan Pelesenan bersama-sama dengan dokumen tersebut:
i. Borang permohonan yang lengkap diisi
ii. Satu (1) Salinan kad pengenalan depan belakang
iii. Gambar lokasi tapak (cadangan yard) dan lakaran lokasi premis perniagaan
5. Iklan ini berkuatkuasa mulai 25 November 2024 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Disember 2024 (Isnin) jam 4.00 petang dan permohonan hendaklah dihantar terus ke pejabat Jabatan Pelesenan, Aras Bawah, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan
Sekian, harap maklum
b.p Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan