Perbadanan Labuan (PL) akan membuka iklan bagi memajak tanah milik PL bagi tujuan pelaburan di WP Labuan pada tahun 2025. Sementara menunggu iklan dibuka, sukacita kami sertakan pautan SENARAI TANAH PL DAN PTP (Bagi tujuan Pelaburan) berkaitan maklumat tanah milik PL dan tanah di bawah seliaan PL untuk makluman dan tindakan awal. Disertakan juga SENARAI SEMAK – dokumen-dokumen dan maklumat yang perlu disediakan untuk dihantar kelak sebagai persiapan awal.