Labuan International Sea Challenge 2025

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025 merupakan acara sukan air yang paling ditunggu-tunggu terutama oleh para peminatnya di rantau BIMP EAGA.
Sertai kehebatan pertandingan acara marin yang menerjah laut yang membiru serta kemeriahan pelbagai aktiviti lain yang diadakan dari terbitnya suria pagi hinggalah bertemankan kerlipan bintang-bintang yang mempesonakan berhamparkan pasir putih Pantai Tanjung Purun. LISC akan menampilkan acara utama bertaraf antarabangsa seperti Pertandingan Memancing Laut Dalam di Pulau Layang-layang, Kepulauan Spartly bermula pada 22 April 2025. Ini diikuti dengan acara Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau, Kayak Maraton Mini, Regatta Bot Layar dan 12 acara sokongan lain pada 25 April hingga 27 April 2025.
Jangan lepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan anda akan mengalami keseronokan sepanjang 3 hari LISC berlangsung.