KENYATAAN TAWARAN
Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan
Perbadanan Labuan mempelawa syarikat – syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berasaskan Industri Minyak dan Gas dan lain-lain aktiviti untuk menyewa / memajak tanah milik Perbadanan Labuan seperti tersebut di atas yang telah kosong seperti berikut; –
1. | Tapak Industri PN 1300, LOT 11944 di Kg. Rancha-Rancha, WP Labuan. | – Satu (1) lot kekosongan. – Keluasan 1 ekar – Kadar pajakan RM6,000.00 sebulan – Aktiviti berkaitan minyak dan gas dan lain-lain – Lot tanpa kemudahan infrastruktur |
Syarikat – syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan ataupun melalui laman web milik Perbadanan Labuan https://www.pl.gov.my/. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung ditalian 087-408622.
Perbadanan tidak terikat kepada mana-mana syarikat dan segala kos yang terlibat oleh mana-mana syarikat adalah atas tanggungan sendiri.
Tawaran ini dibuka mulai 10 Mac 2025 hingga 24 Mac 2025. Borang permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 Mac 2025 jam 4:00 petang.