KENYATAAN TAWARAN
Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan
Perbadanan Labuan mempelawa syarikat – syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berasaskan Industri Minyak dan Gas dan lain-lain aktiviti untuk menyewa / memajak tanah milik Perbadanan Labuan seperti tersebut di atas yang telah kosong seperti berikut ;-
Bil | Lot Tanah | Keterangan |
---|---|---|
1. | Tapak Industri Kecil dan Sederhana Lot 31093, Lot 31094 & Lot 205331077 di Kg. Rancha-Rancha, WP Labuan. | – Satu (1) lot kekosongan. – Keluasan 2,023 Meter persegi – Kadar pajakan RM4,100.00 sebulan – Aktiviti berkaitan minyak dan gas dan lain-lain – Lot tanpa kemudahan infrastruktur |
Syarikat – syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan ataupun melalui laman web milik Perbadanan Labuan https://www.pl.gov.my/. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung ditalian 087-408622.
Perbadanan tidak terikat kepada mana-mana syarikat dan segala kos yang terlibat oleh mana-mana syarikat adalah atas tanggungan sendiri.
Tawaran ini dibuka mulai 29 April 2024 hingga 13 Mei 2024. Borang permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 13 Mei 2024 jam 4:00 petang.