260624 - TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PL
Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Premis Niaga milik PL seperti berikut:
BIL | LOKASI | JUMLAH KOSONG | KADAR SEWA | JENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN | TARIKH LAWATAN TAPAK |
---|---|---|---|---|---|
1. | Lot Gerai, Pasar Sentral | 12 Lot | RM400.00 sebulan/unit | Jualan pakaian & pelbagai | Akan dimaklumkan kelak |
2. | Bengkel pemprosesan makanan, Kampung Kilan | 2 Lot (51.84 meter persegi) | RM400.00 sebulan/unit | Pemprosesn makanan/sejuk beku dan yang dibenarkan | Akan dimaklumkan kelak |
3. | Gerai makan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan | 1 Lot | RM200.00 sebulan | Makanan & Minuman sahaja | Akan dimaklumkan kelak |
4. | Lot Kedai Saguking Warehouse | 1 Lot | RM3,000.00 sebulan | Pelbagai | Akan dimaklumkan kelak |
Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Setempat ,Aras Bawah Blok B Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat serta di laman sesawang PL www.pl.gov.my
Iklan ini berkuatkuasa mulai 27 Jun 2024 dan tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 26 Julai 2024 (Selasa) Jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Unit Sewaan Harta, JPPH PL – 087-408698/650