Home / 21/7/2022 – Tawaran Penyewaan Premis Niaga Perbadanan Labuan

logo pl


 

TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PERBADANAN LABUAN

Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Lot Kedai/Gerai seperti berikut:

BILLOKASIKEKOSONGANKADAR SEWA BULANANJENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN
1.Aras 1, Pasar Sentral Labuan1 lotRM 400.00 sebulan– Pakaian dan berkaitan serta pelbagai
2.Food Court, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan1 lotRM 200.00 sebulan– Makanan & Minuman Sahaja.
3.Medan Selera, Jln Tanjung Purun, WP Labuan3 lotRM 400.00 sebulan– Makanan & Minuman sahaja

Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Setempat ,Aras Bawah Blok B Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat serta di laman sesawang PL www.pl.gov.my

 

Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 29 Julai 2022 (Jumaat) Jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :        

Unit Sewaan Harta, JPPH PL                       –          087-408698/650