Home / 17/06/2022 – Tawaran Penyewaan Premis Niaga Perbadanan Labuan
logo pl  

TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PERBADANAN LABUAN

Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Lot Kedai/Gerai seperti berikut:

BILLOKASIKEKOSONGANKADAR SEWA BULANANJENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN
1.Lot Kedai, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan2 LotRM 350.00 Sebulan (1 Lot)– Pejabat Pengurusan serta berkaitan sahaja.
2.Lot Kedai, Medan Maeda (Terminal Lama Feri Penumpang)1 LotRM 680.00 Sebulan– Pejabat Pengurusan dan Pelbagai

  • Gambar lokasi adalah seperti di lampiran

Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Setempat, Aras Bawa Blok B Wisma PL, Kaunter Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat serta laman sesawang PL www.pl.gov.my

Tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 08 Julai 2022 (Jumaat) Jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Sewaan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta – 087-408698/850