TAWARAN PENYEWAAN PREMIS NIAGA PERBADANAN LABUAN
Pelawaan dibuka kepada pihak yang berminat untuk menyewa Premis Niaga milik PL seperti berikut:
BIL | LOkASI | JUMLAH KOSONG | KADAR SEWA | JENIS PERNIAGAAN DIBENARKAN | TARIKH LAWATAN TAPAK |
---|---|---|---|---|---|
1. | Kompleks Sukan Laut Antarabangsa | 1 lot | RM350.00 sebulan/1 lot | Pejabat urusan dan yang berkaitan | Akan dimaklumkan kelak |
2. | Lot Gerai Pasar Sentral Labuan | 5 lot | RM400.00 sebulan/1 lot | Jualan pakaian & pelbagai | |
3. | Bengkel Pemprosesan Makanan Kampung Kilan | 2 lot (51.84 meter persegi) | RM400.00 sebulan/1 lot | Pemprosesan makanan/sejuk beku dan yang berkaitan | |
4. | Restoran Eko Pelancongan Kinabenua | 1 lot | RM5,000.00 sebulan/1 lot | Makanan & minuman sahaja | |
5. | Restoran Warisan | 1 lot | RM5,000.00 sebulan/1 lot | Makanan & minuman sahaja |
Borang Permohonan Penyewaan boleh diperolehi di Kaunter Sepusat, Aras Bawah Blok B, Wisma PL, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL pada waktu pejabat serta di laman sesawang PL www.pl.gov.my
Iklan ini berkuatkuasa mulai 13 Februari 2025 (Khamis) dan tarikh tutup penerimaan borang permohonan ialah pada 27 Februari 2025 (Khamis) jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B Wisma PL. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Unit Sewaan Harta, JPPH PL – 087-408698/650