TAWARAN PENYEWAAN RUMAH SEWA MILIK PERBADANAN LABUAN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM KG. BUKIT KUDA
*PEKELILING BIL. 8 TAHUN 2015 | • Warganegara Malaysia • Berkhidmat sebagai Kakitangan Kerajaan • Berkahwin (Suami dan/ atau isteri belum memiliki rumah di WP Labuan) • Jika bujang, WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya dua tanggungan (ibu dan bapa) yang tinggal bersama • Menetap dan bekerja di WP Labuan • Bayaran sewa secara potongan gaji (wajib) |
Kakitangan kerajaan yang berminat bagi mengisi kekosongan rumah seperti kenyataan di atas dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon. Borang permohonan penyewaan boleh diperolehi di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan pada waktu pejabat atau laman web Perbadanan Labuan www.pl.gov.my Tarikh tutup borang permohonan ialah pada 18 Ogos 2022 (Jumaat) jam 4.00 petang.
Hanya permohonan lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PL sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga yang akan dimaklumkan kemudian. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Fiza Amir di talian 087-408622.