mel E-mail  
 
Unit Penilaian Kadaran
  • Urusan pendaftaran bangunan baru bagi maksud cukai kadaran
  • Urusan pengeluaran bil cukai kadaran
  • Urusan mengutip tunggakan cukai kadaran
  • Urusan transaksi hak milik hartanah
  • Urusan penilaian bangunan milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk tujuan Sumbangan Membantu Kadar
  • Urusan bantahan nilaian
    • Mana-mana pemilik hartanah baru yang terkilan terhadap cadangan nilai tahunan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan alasan-alasan yang dinyatakan di bawah Seksyen 142(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:

a) Sesuatu pegangan/hartanah yang dinilai lebih daripada nilai yang boleh dikenakan kadar;

b) Sesuatu kadar pegangan/hartanah yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;

c) Seseorang atau sesuatu pegangan/hartanah yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;

d) Sesuatu pegangan/hartanah telah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;

e) Sesuatu pegangan/hartanah atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

 
Unit Sewaan Harta
  • Urusan penyewaan rumah kediaman dan ruang niaga milik Perbadanan Labuan
  • Urusan kutipan hasil sewaan
  • Urusan mengutip tunggakan sewaan
  • Urusan penerimaan aduan kerosakan rumah kediaman dan ruang niaga milik Perbadanan Labuan
 
Unit Pengurusan Hartanah
  • Urusan simpanan hak milik hartanah Perbadanan Labuan
  • Urusan pembayaran cukai tanah tahunan untuk tanah milik Perbadanan Labuan
  • Urusan pindah milik jual beli hartanah
  • Urusan penjualan rumah kos sederhana Taman Mutiara Perbadanan Labuan
 
Untuk sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan, sila hubungi 087-408650 atau 087-408698