mel E-mail  

Pembangunan & Kejuruteraan


 
Piagam Pelanggan
  1. Membuat siasatan keatas semua aduan awam yang lengkap dalam tempoh 3 hari dan mengambil tindakan susulan serta merta jika perlu berhubung kerosakan bangunan, jalanraya, longkang, kawasan dan taman rekreasi, sistem jaringan lampu jalan awam serta kemudahan awam yang lain di bawah bidang kuasa PL (seperti lampiran)
  2. Membuat penilaian keatas semua tender dan sebut harga dalam tempoh 2 minggu.
  3. Menguruskan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia (RMK) disiapkan dalam tempoh 5 tahun.
  4. Menguruskan pelaksanaan projek-projek kecil disiapkan dalam tempoh 1 tahun.
 
Piagam Pelanggan (Lampiran)

1. Pengurusan Projek
  • Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:
     
  • Kos Projek RM500 ribu ke bawah : 15 bulan
  • Kos Projek RM500 ribu - RM5 juta ke atas : 24 bulan
  • Kos Projek RM5 juta : 36 bulan

2. Selenggara Aset:

Jalan

  • Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima.
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti  pokok-pokok tumbang  atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenal pasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
Bangunan
  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau system kumbuhan dan utiliti bangunan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari.
  • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan.
  • Penyelanggaraan sistem penghawa dingin - 7 hari.
3. Mekanikal
  • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 3 hari
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan - 4 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan -1 bulan
  • Penyelenggaraan chiller - 1 tahun
  • Penyelenggaraan lif - 3 hari
  • Penyelenggaraan Janakuasa-  2 hari
  • Penyelenggaraan pam - 5 hari
  • Penyelenggaraan kolam pancutan air - 7 hari
  • Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran- 5 hari
Elektrikal
  • Kerosakan biasa- 1 hari
  • Kerosakan yang rumit- 7 hari
  • Kerosakan lampu jalanraya- 3 hari
Pengurusan
  • Pengurusan aduan di bawah tanggungjawab PL akan dilaksanakan dalam tempoh seperti berikut:
     
  • Akuan penerimaan aduan- 1 hari
  • Maklum balas terhadap aduan - 7 hari
  • Penutupan aduan- 2 bulan
     
  • Pengurusan aduan bukan di bawah tanggungjawab PL No Wrong Door Policy akan di laksanakan dalam tempoh seperti berikut:
     
  • Akuan penerimaan aduan - 1 hari
  • Pemanjangan kepada agensi berkaitan- 3 hari
 

Alamat :-

Jabatan Pembangunan & Kejuruteraan

Tingkat 6 & 7, Menara Perbadanan Labuan

Jalan Okk Awang Besar, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

Tingkat 6:-087-408649 / 087-408733
Tingkat 7: 087-408695 / 087-408578