mel E-mail  

Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian


 

Objektif

  • Memajukan dan membangunkan industri pelancongan Labuan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan
  • Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, beli-belah dan sukan laut sebagai tarikan pelacong.
 

Fungsi

  • Memaju, merangsang, memudah dan mengusahakan pembangunan pelancongan, perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, penyelidikan pelancongan, kajian dan latihan
  • Menyedia dan menerbit bahan-bahan promosi pelancongan Labuan
  • Membangun, menyelaras, menyusun, dan mengemaskini laman web pelancongan Labuan
  • Merancang dan menganjurkan perlbagai aktiviti dan program pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancong ke Labuan
  • Menyelia dan mengendali peralatan, kemudahan dan peruntukan pelancongan
  • Memperkembangkan seni muzik dan tarian yang berteraskan integrasi nasional
  • Memajukan dan mengembangkan budaya tempatan tanpa menghilangkan keasliannya
  • Meningkatkan produk tarikan pelancongan di Labuan
  • Meningkatkan Kerjasama Wilayah yang berkaitan dengan pelancongan dalam kawasan BIMP-EAGA
 

Piagam Pelanggan

Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab berikut :

  • Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan perkembangan kesenian dan kebudayaan kebangsaan, sukan laut dan aktiviti rekreasi melalui penganjuran acara berkaitan dan memperluaskan penglibatan rakyat semua kaum.
  • Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan industri pelancongan berteraskan kebudayaan, kesenian keindahan alam semulajadi, warisan sejarah, beli-belah dan sukan laut bagi memenuhi citarasa pelancong domestik dan antarabangsa yang pelbagai.
  • Menganjurkan kursus, latihan dan seminar dalam bidang pelancongan bagi melahirkan tenaga kerja profesional, karyawan dan penggiat seni yang kreatif serta dapat memberikan mutu perkhidmatan yang tinggi.
  • Meningkat dan menambah prasarana dan produk pelancongan dari masa ke masa bagi memenuhi citarasa pelancong tempatan dan antarabangsa.
 

Alamat :-

Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan,

Tingkat 1, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan

Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

087-408740 / 087-408746