| |
| Objektif |
| Membantu organisasi menjadikan W.P. Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa yang bersih, indah dan maju melalui : - Penyediaan persekitaran yang bersih dan tahap kesihatan awam yang selamat
- Penyediaan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti
- Pengawalan aktiviti perniagaan
- Pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran masyarakat
- Memastikan keseimbangan antara pembangunan Landskap semasa dan pemeliharaan alam semulajadi
|
| |
| Fungsi |
- Bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran di bawah kawalan PL
- Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengawalan pelesenan perniagaan, iklan dan permit acara awam
- Bertanggungjawab memastikan kebersihan premis-premis makanan dan tandas awam
- Bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan landskap yang komprehensif dan terancang
- Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan landskap dan aduan pokok merbahaya.
|
| |
| Piagam Pelanggan |
- Memproses dan memberi keputusan permohonan lesen yang memenuhi syarat seperti berikut:
- Lesen Perniagaan 14 hari
- Lesen Pasar dan Penjaja Bergerak 14 hari
- Penukaran Butiran Lesen 7 hari
- Pembaharuan Lesen 1 hari
- Melaksanakan kutipan sampah Pusat Bandar setiap hari Kawasan Perumahan, Sekolah dan Luar Bandar di antara 2 hingga 7 kali seminggu
- Menyediakan perkhidmatan kutipan sampah kebun dalam tempoh 2 hari selepas tempahan dibuat dengan pihak PL dengan kadar RM 80.00 sekali kutip
- Melaksanakan pembersihan longkang kakilima di kawasan pusat bandar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
- Memastikan kemudahan tandas awam sentiasa berada di tahap kualiti yang memuaskan hati pelanggan melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2000
- Menjalankan pemeriksaan bagi penggredan premis makanan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dengan sasaran 50% Premis mendapat penilaian Gred A
- Mengambil tindakan ke atas setiap aduan kacau ganggu dalam tempoh 3 hari bekerja
- Memproses dan mengeluarkan kad-kad kesihatan dalam tempoh 3 minit bagi setiap satu permohonan yang lengkap
- Mengambil tindakan ke atas aduan awam pokok merbahaya dalam tempoh 24 jam
- Mengambil tindakan ke atas aduan pokok dalam tempoh 7 hari / penyiasatan
|
| |