| |
| Objektif |
| Merpertingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan harta tanah dan penilaian melalui : - Mengurus semua harta tanah Perbadanan Labuan dengan cekap dan profesional.
- Menentukan cukai kadaran dan mengemaskini senarai nilaian bagi kesemua pegangan yang dikenakan cukai dengan cekap dan profesional.
- Memberi perkhidmatan kaunter yang mesra dan berkesan.
|
| |
| Fungsi |
- Memaju, merangsang, memudah dan mengusahakan pembangunan pelancongan, perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, penyelidikan pelancongan, kajian dan latihan.
- Menyedia dan menerbit bahan-bahan promosi pelancongan Labuan.
- Membangun, menyelaras, menyusun dan mengemaskini laman web pelancongan Labuan.
- Merancang dan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancong ke Labuan.
- Menyelia dan mengendali peralatan, kemudahan dan peruntukan pelancongan.
- Memperkembangkan seni muzik dan tarian yang berteraskan integrasi nasional.
- Memajukan dan mengembangkan budaya tempatan tanpa menghilangkan keasliannya.
- Meningkatkan produk tarikan pelancongan di Labuan.
- Meningkatkan Kerjasama Wilayah yang berkaitan dengan pelancongan dalam kawasan BIMP-EAGE.
|
| |
| Piagam Pelanggan |
| Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab berikut : - Mengeluarkan bil-bil kadaran sebelum bulan Februari pada setiap tahun.
- Mengeluarkan bil-bil sewaan pada hujung minggu pertama setiap bulan.
- Mengeluarkan notis tunggakan kadaran sebelum bulan Ogos setiap bulan.
- Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas pegangan baru bagi maksud kadaran dalam masa 2 minggu daripada tarikh penerimaan.
- Memproses dokumen transaksi tanah yang diterima dengan lengkap dalam tempoh 4 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
- Memberikan diskaun 5% ke atas pegangan yang berkelayakan dan dijelaskan sebelum 30 Jun.
- Membuat tuntutan caruman membantu kadar kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan dan Negeri sebelum 30 November pada setiap tahun.
- Menyediakan surat tawaran dan dokumen perjanjian penyewaan mengikut kadar penyewaan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa berkaitan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan.
- Menimbang aduan dan rayuan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh aduan diterima.
|
| |
| Alamat :- Jabatan Pengurusan Harta, Tingkat 1, Wisma Perbadanan Labuan Jalan Merdeka, Peti Surat 81245, 87022, WP Labuan Talian am :- 087-408650 |
| |