| BAHAGIAN VII | |||
| PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN | |||
| Tafsiran berhubung dengan Bahagian VII | |||
| 31. | Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - "Akta yang dimansuhkan" ertinya Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 [ Akta 480 ] yang dimansuhkan di bawah seksyen 32; "hari yang ditetapkan" ertinya hari Akta ini mula berkuatkuasa atau, jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian ini mula berkuatkuasa;
"Lembaga yang dibubarkan" ertinya Lembaga Pembangunan Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;
"Majlis yang dibubarkan" ertinya Majlis Perbandaran Labuan yang dibubarkan di bawah seksyen 32;
"Surat Cara yang dibatalkan" ertinya Surat Cara Majlis Perbandaran Labuan 1983 [Sabah No. S34 tahun 1983] yang dibatalkan di bawah seksyen 32. | ||
| Pemansuhan dan pembubaran | |||
| 32. | (1) | Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 adalah dimansuhkan dan Perintah Lembaga Pembangunan Labuan (Penjalanan Kuasa oleh Majlis Perbandaran Labuan) 1997 [ P.U. (A) 241/97 ] dan Surat Cara Majlis Perbandaran Labuan 1983 adalah dibatalkan. | |
| (2) | Lembaga Pembangunan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan Majlis Perbandaran Labuan yang ditubuhkan di bawah Surat Cara yang dibatalkan adalah dibubarkan. | ||
| Perpindahan kuasa, dsb. | |||
| 33. | Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah dari hari itu turun kepada Perbadanan. | ||
| Perpindahan hakmilik harta | |||
| 34. | (1) | Segala tanah yang sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Perbadanan. | |
| (2) | Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari yang ditetapkan terletak hak pada Perbadanan. | ||
| (3) | Segala surat ikatan, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang wujud sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang berpindah hakmiliknya di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Perbadanan dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan, Perbadananlah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya. | ||
| Perpindahan wang ke dalam Kumpulan Wang | |||
| 35. | (1) | Segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. | |
| (2) | Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah [Ord.Sabah 11 tahun 1961] oleh Majlis yang dibubarkan adalah dibubarkan dan segala wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang itu hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. | ||
| Keanggotaan Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan | |||
| 36. | (1) | Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan, orang-orang yang memegang jawatan sebaik sebelum hari yang ditetapkan sebagai anggota Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Surat Cara yang dibatalkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari yang ditetapkan. | |
| (2) | Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan yang terhenti memegang jawatan. | ||
| (3) | Dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas hari yang ditetapkan, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan, termasuk penyata kewangan, yang dikehendaki di bawah Akta yang dimansuhkan atau Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah bagi tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari yang ditetapkan. | ||
| (4) | Walau apa pun seksyen 32, Lembaga yang dibubarkan dan Majlis yang dibubarkan hendaklah disifatkan terus wujud bagi maksud subseksyen (2) dan (3). | ||
| Penerusan pegawai dan pekhidmat | |||
| 37. | Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah bekerja sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan hendaklah menjadi pegawai dan pekhidmat Perbadanan di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah subseksyen 11(1) Akta ini atas terma dan syarat yang sama seperti yang terpakai bagi orang itu sebaik sebelum hari yang ditetapkan. | ||
| Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai | |||
| 38. | (1) | Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan hendaklah pada hari yang ditetapkan diuruskan oleh Perbadanan di bawah Akta ini dan undang-undang yang berkaitan. | |
| (2) | Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari yang ditetapkan disifatkan telah diserah simpan dengan Perbadanan dan hendaklah terus disimpan dengan Perbadanan. | ||
| (3) | Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang dibubarkan, Majlis yang dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat. | ||
| (4) | Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa atau dipohon oleh atau terhadap Perbadanan. | ||
| Sebutan dalam undang-undang atau dokumen | |||
| 39. | (1) | Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga yang dibubarkan atau Majlis yang dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan. | |
| (2) | Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen mengenai Pengerusi Lembaga yang dibubarkan atau Presiden Majlis yang dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pengerusi Perbadanan. | ||
PERNIAGAAN


