| BAHAGIAN V KUASA-KUASA LAIN PERBADANAN | |||
| Kuasa untuk meminjam | |||
| 20. | (1) | Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya. | |
| (2) | Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: | ||
| (a) | peruntukan modal kerja; | ||
| (b) | pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Perbadanan di bawah Akta ini; | ||
| (c) | pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini; | ||
| (d) | penebusan apa-apa syer atau saham yang Perbadanan dikehendaki atau berhak menebusnya; dan | ||
| (e) | apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal. | ||
| Pelaburan | |||
| 21. | Aset Perbadanan, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri. | ||
| Kuasa untuk mengambil khidmat | |||
| 22. | Perbadanan boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. | ||
| Kuasa untuk memberikan pinjaman | |||
| 23. | Dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu. | ||
| Kuasa untuk menubuhkan perbadanan | |||
| 24. | (1) | Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta , menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan, untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya. | |
| (2) | Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1). | ||
Halaman-halaman:
1 2
PERBADANAN LABUAN


