| Bahagian III PENGERUSI, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT PERBADANAN | |||
| Pengerusi | |||
| 9. | (1) | Tanpa menjejaskan peruntukan lain Akta ini, Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa. | |
| (2) | Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan kepada Pengerusi semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diletakhakkan pada atau dikenakan ke atas Perbadanan oleh Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi atas nama dan bagi pihak Perbadanan. | ||
| (3) | Tiap-tiap perwakilan di bawah subseksyen (2) hendaklah disiarkan dalam Warta. | ||
| Ketua Pegawai Eksekutif | |||
| 10. | (1) | Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar. | |
| (2) | Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi - | ||
| (a.) | penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan Perbadanan; | ||
| (b.) | pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan; dan | ||
| (c.) | pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan Pengerusi. | ||
| (3) | Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan. | ||
| (4) | Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa. | ||
| (5) | Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan mengikut arahan am Perbadanan. | ||
| (6) | Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu. | ||
| Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan | |||
| 11. | (1) | Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar, pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini. | |
| (2) | Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan. | ||
| (3) | Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri membuat peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan. | ||
| Tatatertib | |||
| 12. | Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian. | ||
PERBADANAN LABUAN


