| BAHAGIAN II PERBADANAN | |||
| Penubuhan Perbadanan | |||
| 3. | (1) | Suatu pertubuhan perbadanan bernama "Perbadanan Labuan" adalah ditubuhkan. | |
| (2) | Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan. | ||
| (3) | Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya. | ||
| (4) | Tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini; Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut - | ||
| (a) | membuat kontrak; | ||
| (b) | memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan | ||
| (c) | memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Perbadanan. | ||
| Fungsi dan kuasa Perbadanan | |||
| 4. | (1) | Fungsi-fungsi Perbadanan ialah - | |
| (a) | memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan; | ||
| (b) | memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; | ||
| (c) | memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan; | ||
| (d) | memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan; | ||
| (e) | melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; | ||
| (f) | melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan; | ||
| (g) | mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) , (b) , (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan | ||
| (h) | menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan. | ||
PERBADANAN LABUAN


