Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi.
·
Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter (1000 inci) di Cherrapunji, India.
·
Bumi mengalami berjuta-juta ribut kilat setiap tahun. Ia adalah pengeluaran eletrik yang luar biasa daripada udara yang boleh mencecah suhu hingga 54,000 darjah Farenheit(30,000 darjah Selsius) dan pada kelajuan 60,000 m/s (130,000 bpj).
·
Ketulan hujan batu paling berat pernah direkodkan ialah 1.0kg (2.25 lb) dan jatuh di Daerah Gopalganj, Bangladesh pada 14 April 1986.
·
Ombak terbentuk apabila sebahagian daripada tenaga kinetik angin yang bertiup di permukaan air berpindah tenaga dan mengakibatkan pergerakan air secara beralun (menghasilkan ombak).
·
Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.
·
Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.
·
Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.