Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Perutusan KPE


Salam Sejahtera
,

Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah menjadi satu trend yang tidak asing lagi kepada kehidupan masyarakat kita.  Dalam perkhidmatan awam, bidang teknologi maklumat telah dikenalpasti sebagai salah satu cara yang dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Justeru itu, Perbadanan Labuan selaku sebuah agensi yang menjalankan tugas selaku Pihak Berkuasa Tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian maklumat secara cepat dan menepati keperluan para pelanggan. 

Portal ini dilancarkan pada 1 Februari 2009 bagi menggantikan Laman Web Perbadanan Labuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2004. Portal ini mengandungi banyak maklumat mengenai perkhidmatan, maklumat pengurusan, kalendar aktiviti tahunan serta pelbagai maklumat lain yang boleh diperolehi. Pada tahun ini, Perbadanan Labuan akan menjadi badan penyelaras bagi acara Sambutan Jubli Perak sempena pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk itu, maklumat aktiviti bagi acara sambutan tersebut juga terkandung di dalam portal ini.

Saya berharap melalui penggunaan portal ini, Perbadanan Labuan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan khususnya dan juga sebagai wadah penghubung antara Perbadanan Labuan dan masyarakat selaras dengan kemajuan dan perkembangan ICT  pada masa kini.

Saya amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang membina untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan Perbadanan Labuan melalui perkhidmatan portal yang disediakan . Selamat melayari !

"MUDAH CEPAT DAN BERKESAN"

Dato’ Basiran Saban

 

Tarikh Kemaskini: 1 Februari 2009

 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768