
PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN Mula beroperasi di bangunan sendiri yang bersebelahan dengan bangunan Wisma Perbadanan Labuan pada bulan Februari 2000. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu di tingkat bawah adalah untuk kanak-kanak dan di tingkat dua untuk orang dewasa. | WAKTU BEROPERASI Isnin Perkhidmatan Perpustakaan Ditutup Selasa-Khamis 9.00 pagi hingga 5.30 petang Jumaat 9.00 pagi hingga 11.30 pagi 2.00 petang hingga 5.30 petang Sabtu & Ahad 8.30 pagi hingga 2.00 petang Perpustakaan Awam, Tidak Beroperasi (TUTUP) Pada Cuti Umum dan Hari Isnin |
| KEAHLIAN |
Kanak-kanak - Berumur 12 tahun ke bawah.
- Satu (1) Salinan Sijil Lahir.
- Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM2.00.
| Dewasa - Berumur 19 tahun ke atas.
- Satu (1) Keping Gambar Berukuran Passport.
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan.
- Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM6.00.
Semua Yuran Keahlian Sah Untuk Tempoh Tiga Tahun Sahaja |
Remaja - Berumur 13-18 Tahun
- Satu (1) Keping Gambar Berukuran Passport
- Satu (1) Salinan Kad Pengenalan
4. Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM4.00. |
| KHIDMAT PENGGUNA |
Memberikan perkhidmatan seperti berikut : - Khidmat Rundingan kepada pihak yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan Perpustakaan atau Pusat Sumber. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua.
- Lawatan dari luar ke Perpustakaan Awam. Pelawat hendaklah memaklumkan (dengan surat) dua minggu sebelum tarikh cadangan lawatan dan tujuan lawatan tersebut diadakan.
- Kursus, Kempen dan Program Khas yang dibuat oleh Perpustakaan Awam akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui media massa seperti Radio Malaysia Labuan (RML) atau poster dan banner.
|
| PINJAMAN BUKU |
Ahli - Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pinjaman buku-buku sebanyak 3 buah sahaja untuk tempoh selama 3 minggu.
- Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda 10 sen sehari.
- Buku yang rosak / hilang semasa dalam jagaan / pinjaman ahli, akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut harga buku tersebut.
- Buku rujukan tidak boleh dibawa keluar daripada bilik bacaan ataupun dipinjam.
| Berkelompok - Pinjaman ini adalah dikhaskan untuk tujuan pinjaman buku-buku dengan kuantiti yang melebihi 10 buah dan tidak lebih 30 buah.
- Perkhidmatan ini ditawarkan kepada Tabika, Sekolah Rendah / Menengah, agensi Kerajaan dan Swasta.
- Peminjam perlu mengisi borang yang disediakan. Borang boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Tingkat 1, Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan.
- Pinjaman untuk tujuan individu adalah tidak dibenarkan.
- Syarat dan terma pinjaman adalah sama seperti proses Pinjaman Ahli.
|
Tarikh Kemaskini: 20 Februari 2010