banner perbadanan labuan

image

PERPUSTAKAAN AWAM LABUAN KE LOKASI YANG BARU.
Perpustakaan Awam Labuan, merupakan satu-satunya Perpustakaan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat Labuan semenjak tahun 1960-an lagi. Perpustakaan ini telah berpindah ke beberapa lokasi semenjak ia ditubuhkan. Bermula di kawasan Padang Bandaran (Dataran Labuan) ke Bangunan USIA (Hotel Sara) seterusnya ke Bangunan Pejabat JKR lama di Kg. Gersik. Pada tahun 2000 Perpustakaan Awam Labuan berpindah ke lokasi baru iaitu bersebelahan dengan Wisma Perbadanan Labuan.


Pada 1 September 2010, Perpustakaan Awam Labuan sekali lagi berpindah ke lokasi yang baru di Bangunan Menara Perbadanan Labuan, Jalan OKK Awang Besar. Lokasinya betul-betul di tengah Bandar Labuan. Perpustakaan kali ini berkeadaan lebih selesa dengan rekaan yang lebih menarik dan teratur. Seawal bulan Julai 2010, Perpustakaan Awam telah ditutup kepada pengunjung untuk kerja-kerja perpindahan.

Perpustakaan Awam yang baru mempunyai 3 tingkat. Tingkat 1 adalah khas untuk ruang bacaan dan bilik aktiviti kanak-kanak yang boleh menampung sekitar 50 orang pada satu-satu masa. Tingkat 2 pula adalah untuk pengguna dewasa, di sini terdapat ruang bacaan buku termasuk buku-buku rujukan, majalah serta surat khabar yang boleh memuatkan sekitar 70 orang pembaca dengan sebuah bilik perbincangan. Tingkat 3 adalah untuk ruangan Multi Media yang boleh memuatkan 20 buah komputer serta bilik pandang dengar dan surau pengunjung juga boleh menggunakan ruang ini sebagai tempat perbincangan dalam kelompok yang kecil. Pejabat pentadbiran dan Pejabat Pustakawan serta bilik mesyuarat juga terdapat di Tingkat 3.

Lokasinya yang senang untuk dikunjungi diharapkan memudahkan rakyat Labuan untuk sentiasa berkunjung ke Perpustakaan Awam dan menggunakannya untuk menimba ilmu dan info-info yang berguna. Dengan jumlah koleksi bahan bacaan sekitar 80 ribu sudah pasti ia sebagai sebuah gendung ilmu yang perlu dikunjungi. Keahlian aktif perpustakaan Awam ialah seramai 7125 orang dari keahlian kanak-kanak sehinggalah dewasa. Dengan Slogan ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’ sudah pasti Perpustakaan Awam Labuan akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli dan pengguna yang datang ke perpustakaan.

 

WAKTU BEROPERASI

 

Isnin

Perkhidmatan Perpustakaan Ditutup

Selasa-Khamis

9.00 pagi hingga 5.30 petang

Jumaat

9.00 pagi hingga 11.30 pagi

2.00 petang hingga 5.30 petang

Sabtu & Ahad

8.30 pagi hingga 2.00 petang

 

Perpustakaan Awam, Tidak Beroperasi (TUTUP) Pada Cuti Umum dan Hari Isnin

 

KEAHLIAN

Kanak-kanak

  • Berumur 12 tahun ke bawah.
  • Satu (1) Salinan Sijil Lahir.
  • Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM2.00.

 

Dewasa

  • Berumur 19 tahun ke atas.
  • Satu (1) Keping Gambar Berukuran Passport.
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan.
  • Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM6.00.

Semua Yuran Keahlian Sah Untuk Tempoh Tiga Tahun Sahaja

Remaja

  • Berumur 13-18 Tahun
  • Satu (1) Keping Gambar Berukuran Passport
  • Satu (1)  Salinan Kad Pengenalan

4.     Yuran Keahlian dikenakan bayaran sebanyak RM4.00.

 

KHIDMAT PENGGUNA

Memberikan perkhidmatan seperti berikut :

  • Khidmat Rundingan kepada pihak yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan Perpustakaan atau Pusat Sumber. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua.
  • Lawatan dari luar ke Perpustakaan Awam. Pelawat hendaklah memaklumkan (dengan surat) dua minggu sebelum tarikh cadangan lawatan dan tujuan lawatan tersebut diadakan.
  • Kursus, Kempen dan Program Khas yang dibuat oleh Perpustakaan Awam akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui media massa seperti Radio Malaysia Labuan (RML) atau poster dan banner.

 

PINJAMAN BUKU

Ahli

  • Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pinjaman buku-buku sebanyak 3 buah sahaja untuk tempoh selama 3 minggu.
  • Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda 10 sen sehari.
  • Buku yang rosak / hilang semasa dalam jagaan / pinjaman ahli, akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut harga buku tersebut.
  • Buku rujukan tidak boleh dibawa keluar daripada bilik bacaan ataupun dipinjam.

Berkelompok

  • Pinjaman ini adalah dikhaskan untuk tujuan pinjaman buku-buku dengan kuantiti yang melebihi 10 buah dan tidak lebih 30 buah.
  • Perkhidmatan ini ditawarkan kepada Tabika, Sekolah Rendah / Menengah, agensi Kerajaan dan Swasta.
  • Peminjam perlu mengisi borang yang disediakan. Borang boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Tingkat 1, Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan.
  • Pinjaman untuk tujuan individu adalah tidak dibenarkan.
  • Syarat dan terma pinjaman adalah sama seperti proses Pinjaman Ahli.

 

Jumlah Pelawat : 33944,

Online Visitor's

Tarikh Kemaskini 7 Mei 2012 12:56 PM