Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Perancangan & Kawalan Bangunan
 
Latar Belakang
  • Bahagian Perancangan & Kawalan Bangunan ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609]
  • Mula beroperasi di tingkat 1 Wisma Wong Wo Lo, Jalan Tun Mustapha
 
Objektif
  • Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebuah bandar Pulau mampan
  • Memastikan semua jenis pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan dan keperluan perundangan semasa
  • Mewujudkan situasi harmoni sebagai tempat tinggal dan bekerja serta beriadah
  • Menyelaras keperluan perancangan dan pembangunan melalui penggunaan garis panduan dan piawaian yang berkaitan
  • Mewujudkan sistem pengumpulan dan penyelarasan maklumat perancangan berkomputer
  • Memastikan pentadbiran jabatan dilaksanakan secara cekap selaras dengan kehendak pihak pengurusan
 
Fungsi
  • Bertanggungjawab terhadap urusan perancangan fizikal yang merangkumi perancangan pembangunan semula, penempatan baru dan kawal selia pembangunan.
  • Mengemukakan cadangan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
  • Memproses Permohonan Kebenaran Merancang dan menjalankan operasi pusat setempat.
  • Memproses Permohonan Kelulusan pelan susunatur & landskap, Pelan Bangunan, Rumah Sesebuah, Pelan Ubahsuai dan Rumah Kampung.
  • Memproses Permohonan Pecah Sempadan / Bahagian dan Tukar Syarat Tanah.
  • Memproses Ulasan Permohonan Lesen Perniagaan dan permohonan tanah.
  • Memberi perkhidmatan dan menyelaras projek-perojek landskap PL, kepada pihak perunding dan pemaju.
  • Memberi khidmat nasihat perancangan dan pembangunan kepada jabatan agensi Kerajaan di Labuan serta individu selain kepada sektor swasta.
 
Piagam Pelanggan
  • Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan
  • Memastikan semua pertanyaan pelanggan dapat dilayan dalam tempoh menunggu kurang daripada 20 minit
  • Memproses permohonan yang LENGKAP bagi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan (baru/pindaan) dan Pelan Pecah Sempadan/Bahagian melalui Unit Pusat Setempat dalam tempoh empat (4) bulan
  • Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan (baru/pindaan) dan Pelan Pecah Sempadan/Bahagian yang diterima dari Unit Pusat Setempat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari
  • Membuat lawatan tapak dan ulasan teknikal bagi permohonan pertanyaan perancangan dan Sijil Layak Menduduki dalam tempoh empat belas (14) hari
  • Membuat siasatan ke atas semua aduan awam yang berkaitan dengan perancangan dalam tempoh tiga (3) hari dan mengambil tindakan susulan serta-merta (jika perlu)
  • Mengulas kesesuaian kedudukan pindaan premis perniagaan dalam tempoh tiga (3) hari melalui Sistem Pre-Lis
  • Memastikan semua kajian-kajian perancangan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan
 

 

 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768