Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Kejuruteraan & Projek
 
Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan
  • Menyelenggara bangunan kediaman kakitangan, perumahan dan pejabat PL
  • Menyelenggara bangunan kemudahan awam di bawah kawalan PL
  • Menyelenggara sistem pempaipan dalaman bangunan kediaman kakitangan, perumahan, pejabat PL dan bangunan kemudahan awam PL
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung penyelenggaran bangunan.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi:
  • Nor Aizan B. Mait (087-408649)
 
Unit Arkitek / Bangunan
  • Mengkaji, merancang dan merekabentuk bangunan untuk projek-projek pembangunan PL.
  • Memberi nasihat seni dan teknikal di dalam pelaksanaan projek pembangunan
  • Memproses permohonan penyambungan bekalan air dan elektrik yang LENGKAP.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi:
  • M. Donney B. Mustafa (087-423232)
 
Unit Pengurusan Projek
  • Mengurus, menyelia dan menyelaras pelaksanaan projek-projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Labuan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal di dalam pelaksanaan projek pembangunan.
  • Mengurus semua urusan pengeluaran tender dan sebutharga untuk projek-projek pembangunan PL.
 
Perkhidmatan Krematorium
  • Perkhidmatan membakar mayat secara kremator ada disediakan di Loji Krematorium yang terletak di Jalan Rancha-Rancha.
  • Yuran perkhidmatan adalah sebanyak RM255.00 untuk sekali pembakaran.
  • Permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan di talian 408691 atau 408764 atau di Kaunter Perkhidmatan bahagian ini semasa waktu pejabat.
  • Pengoperasian adalah dijalankan oleh wakil Kongres India Malaysia (MIC) dan mengikut hari yang bersesuaian dengan pemohon.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi:
  • Muhammad Zulhilmi B. Jeffry Chan (087-408665)
 
Perkhidmatan Loji Insinerator
  • Perkhidmatan membakar sampah secara incinerator ada disediakan di Loji Insinerator yang terletak di Tapak Perlupusan Sampah di Bukit Kalam.
  • Perkhidmatan ini sesuai dan sering dipilih oleh Syarikat Swasta dan Bank untuk melupuskan fail-fail dan dokumen yang sulit.
  • Permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan di talian 408691 atau 408764 atau di Kaunter Perkhidmatan bahagian ini semasa waktu pejabat.
  • Yuran perkhidmatan adalah sebanyak RM100.00 untuk setiap muatan iaitu daripada 0 tan hingga 500 tan.
  • Hari pengoperasian untuk sampah yang dimohon adalah setiap Hari Rabu dan Khamis sahaja.
 
Perkhidmatan Penyelenggaraan Infrastruktur
  • Perkhidmatan terdiri daripada penyelenggaraan jalan raya, longkang dan lain-lain kemudahan awam yang merangkumi kawasan bandar, industri dan perumahan di bawah bidang kuasa PL.
  • Skop perkhidmatan yang terkandung di dalam perlaksanaan kerja-kerja tersebut adalah seperti berikut:
    • memperbaiki jalan-jalan berlubang;
    • menyediakan / memperbaiki peralatan jalan raya seperti papan tanda lalulintas, dan juga petunjuk arah lalulintas;
    • memperbaiki bahu jalan dan siar kaki;
    • menyediakan / memperbaiki longkang konkrit;
    • menyediakan / memperbaiki perhentian bas; dan
    • lain-lain kemudahan yang berkaitan dengan infrastruktur.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi:
  • Dayang Norlia Bt. Mohd Zahran (087-427067)
 
Perkhidmatan Perkakasan Eletrik Bangunan Awam / Hiasan
  • Perkhidmatan ini meliputi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan lampu-lampu awam / hiasan yang terletak di kawasan-kawasan bandar, luar bandar dan perumahan serta perkakasan elektrikal bangunan-bangunan awam di bawah kawalan PL.
Pegawai Yang Boleh Dihubungi:
  • Awang Sapar B. Yunos (087-408647)

Tarikh Kemaskini: 31 Januari 2010

 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768