Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Kejuruteraan & Projek
 
Objektif
  • Memastikan pelaksanaan projek pembangunan prasarana, pelancongan dan kemudahan awam yang terbaik dan berterusan kepada Pulau Labuan dan pulau-pulau sekitarnya agar pengisytiharannya sebagai Labuan The International Garden Island Of Borneo dapat direalisasikan.
  • Memastikan semua kemudahan awam, jalanraya, longkang, sistem perkhidmatan mekanikal, sistem jaringan lampu jalan di bawah bidang kuasa PL sentiasa dalam keadaan memuaskan dan pelaksanaannya dengan kos yang terkawal.
 
Fungsi
  • Merancang, merangka, melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dengan cara yang terbaik iaitu rekabentuk memenuhi kehendak, mesra alam dan pengguna, pengurusan projek yang cekap dan efisyen, mematuhi Arahan Kewangan dan kos binaan yang terkawal.
  • Menyelenggara kemudahan awam iaitu jalanraya, longkang, peralatan jalanraya di kawasan bandar, perumahan dan kawasan kampung agar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.
  • Menyelenggara sistem perkhidmatan mekanikal di taman rekreasi dan sistem perkhidmatan dalam bangunan seperti lif dan sistem penghawa dingin agar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.
  • Menyelenggara kemudahan lampu jalan. lampu isyarat dan lampu hiasan di Labuan agar sentiasa menyala, menarik dan mewujudkan suasana ceria.
  • Memproses permohonan penyambungan air dan elektrik serta menguatkuasakan undang- undang yang digunapakai oleh PL.
 
Piagam Pelanggan
  • Membuat siasatan ke atas semua aduan awam yang lengkap dalam tempoh 3 hari dan mengambil tindakan susulan serta-merta jika perlu berhubung kerosakan bangunan, jalanraya, longkang, kawasan dan taman rekreasi, sistem jaringan lampu jalan awam serta kemudahan awam yang lain di bawah bidang kuasa PL.
  • Memproses permohonan yang lengkap bagi kebenaran panyambungan bekalan elektrik dan air dalam tempoh 2 minggu.
  • Memastikan pembakaran sisa pepejal yang dibuat dalam tempoh 24 jam selepas diterima dalam hari yang sama bagi PL sendiri atau selepas permohonan yang lengkap diluluskan bagi pihak swasta.
  • Membuat penilaian ke atas semua tender dan sebutharga.
 

 

 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768