Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Pelaburan dan Sosio Ekonomi
 
Objektif
  • Mengutamakan Perniagaan
  • Menyediakan Perkhidmatan Pemudahcara
  • Mengurangkan Red-Tape
  • Memberi Kepuasan kepada Pelabur/Masyarakat
  • Tingkatkan Kepakaran
  • Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Ekonomi
 
Fungsi
  • Merancang strategi, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan kampung
  • Merancang strategi , menyelaras dan melaksanakan program-program kebajikan dan pembasmian kemiskinan
  • Menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan kampung di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Menyelaras Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dengan Menteri
  • Program Desa Cemerlang dan Gerakan Desa Wawasan
  • Penggalakan Industri Kampung dan Aktiviti Menjana Ekonomi
  • Penyediaan Infrastruktur/projek pembangunan dan penyelanggaraan di kampung
  • Program Pembangunan Minda dan Peningkatan Kemahiran
  • Merancang strategi, menyelaras dan melaksanakan program sosial W.P. Labuan
  • Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur sedia ada atau bakal pelabur
  • Merancang dan melaksanakan perkara-perkara untuk menyediakan Labuan sebagai lokasi pelaburan yang kondusif
  • Menyediakan maklumat-maklumat asas untuk rujukan para pelabur
  • Mengadakan promosi pelaburan untuk Labuan sama ada dalam bentuk lawatan-lawatan, pameran, seminar, expo perdagangan atau pelaburan
  • Membuka peluang kemungkinan untuk mewujudkan usahasama dengan pelabur-pelabur bagi melaksanakan projek-projek yang menyokong status Labuan sebagai Destinasi Pelancongan, Pulau Bebas Cukai dan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa
  • Menyelaraskan rombongan perdagangan dan pelaburan daripada luar Labuan
  • Mempromosikan perkembangan aktiviti dan produk industri tempatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Urusetia BIMP-EAGA Peringkat W.P. Labuan
 
Piagam
  • Unit Pelaburan
    • Memastikan ulasan bertulis disediakan ke atas permohonan lesen kilang daripada MIDA dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh terima
    • Memastikan cadangan yang dikemukakan oleh pihak individu/syarikat akan diberi jawapan/maklumbalas bertulis dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh diterima
    • Memaklumkan pihak individu/syarikat mengenai cadangan misi perdagangan yang diadakan oleh Kementerian Perindustrian Perdagangan Antarabangsa serta lain-lain agensi dalam tempoh 3 hari daripada tarikh diterima
    • Memastikan jawapan bertulis disediakan ke atas surat-surat pertanyaan yang dikemukakan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh diterima


  • Unit Sosio-Ekonomi
    • Memastikan permohonan yang dikemukakan akan mendapat jawapan/maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
    • Memastikan siasatan dibuat ke atas aduan/permasalahan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh aduan diterima dan memaklumkan kedudukan secara rasmi kepada pengadu dalam tempoh 7 hari daripada tarikh siasatan dibuat
    • Menyemak permohonan lesen pemaju perumahan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima dan mengemukakan permohonan untuk pertimbangan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pengesahan dokumen adalah lengkap
 
 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768