 | Salam Sejahtera, Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah menjadi satu trend yang tidak asing lagi kepada kehidupan masyarakat kita. Dalam perkhidmatan awam, bidang teknologi maklumat telah dikenalpasti sebagai salah satu cara yang dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Justeru itu, Perbadanan Labuan selaku sebuah agensi yang menjalankan tugas selaku Pihak Berkuasa Tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian maklumat secara cepat dan menepati keperluan para pelanggan. Portal ini dilancarkan pada 1 Februari 2009 bagi menggantikan Laman Web Perbadanan Labuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2004. Portal ini mengandungi banyak maklumat mengenai perkhidmatan, maklumat pengurusan, kalendar aktiviti tahunan serta pelbagai maklumat lain yang boleh diperolehi. Pada tahun ini, Perbadanan Labuan akan menjadi badan penyelaras bagi acara Sambutan Jubli Perak sempena pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk itu, maklumat aktiviti bagi acara sambutan tersebut juga terkandung di dalam portal ini. Saya berharap melalui penggunaan portal ini, Perbadanan Labuan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan khususnya dan juga sebagai wadah penghubung antara Perbadanan Labuan dan masyarakat selaras dengan kemajuan dan perkembangan ICT pada masa kini. Saya amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang membina untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan Perbadanan Labuan melalui perkhidmatan portal yang disediakan . Selamat melayari ! "MUDAH CEPAT DAN BERKESAN" Zainul Abidin Abdullah |