banner perbadanan labuan

 

JURUTERA (AWAM) – 1 KEKOSONGAN


Maklumat Jawatan :

GRED    :J41
KLASIFIKASI   :PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN   :PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN   :TETAP
BILANGAN KEKOSONGAN  :1 KEKOSONGAN
JADUAL GAJI   :
    P1T1   RM2088.25       -         P1T23  RM4721.03
    P2T1   RM2184.26       -         P2T23  RM5015.88
    P3T1   RM2284.45       -         P3T23  RM5306.79


Syarat - syarat perlantikan :


  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    • ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat kenaikan pangkat secara lantikan :


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) bidang kejuruteraan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan .

Deskripsi tugas :


Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

 

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – 2 KEKOSONGAN

 


Maklumat jawatan :


GRED : J41
KLASIFIKASI    : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN    : TETAP
BILANGAN KEKOSONGAN : 2 KEKOSONGAN
JADUAL GAJI :
    P1T1   RM2088.25     -           P1T23 RM4721.03
    P2T1   RM2184.26     -           P2T23 RM5015.88
    P3T1   RM2284.45     -           P3T23 RM5306.79
                  
                                   

Syarat Perlantikan :


  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    • Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancang bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T5 RM2455.61]; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Anthropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T1 RM2088.25]; dan
    • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat kenaikan pangkat secara lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi tugas


Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

 

PEGAWAI TADBIR – 1 KEKOSONGAN

 


Maklumat jawatan :

GRED : N41
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN  PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN   KONTRAK
BILANGAN KEKOSONGAN  1 KEKOSONGAN
JADUAL GAJI    
    P1T1   RM1690.28   -   P1T27  RM4640.28
    P2T1   RM1784.90   -   P2T27  RM4918.55
    P3T1   RM1883.70   -   P3T27  RM5220.62

Syarat lantikan

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 RM1,871.18); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4 RM1,961.63) dan
    • kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PENOLONG PEGAWAI TADBIR – 1 KEKOSONGAN

Maklumat Jawatan :

GRED N27
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN  SOKONGAN
TARAF JAWATAN   TETAP
BILANGAN KEKOSONGAN 1 KEKOSONGAN
JADUAL GAJI   
    P1T1   RM1204.55     -     P1T26    RM3027.10
    P2T1   RM1274.13     -     P2T26    RM3213.25
    P3T1   RM1346.73     -     P3T26    RM3405.26
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    •  
      • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1,204.55]: atau
      • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T5 RM1,470.75]: atau
      • Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1,537.30]: dan
    • kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan pangkat secara lantikan :

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari, dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
      • mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi tugas :

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsular dan Penguatkuasaan Undang-Undang

 

Cara Memohon


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 W.P. LABUAN
(U/P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my
  • Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;
  • Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 09 April 2012 ke alamat berikut:

  • Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan dengan menghubungi talian 087-581817, 581819, dan 581814;
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak;
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  • Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

 

 

Jumlah Pelawat : 33945,

Online Visitor's

Tarikh Kemaskini 7 Mei 2012 12:56 PM